Quran translations in many languages

Quran in Malay

Al-Fîl

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

 

[1]

Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

[2]

Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

[3]

Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, –

[4]

Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, –

[5]

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.