Quran in Malay Quraysh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [1]Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)[2](laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),[3]Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini,[4]Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.